Cari @ Amanz

Qualcomm turut telah melancarkan dua cip Qualcomm S5 Sound Platform (QCC517x) dan Qualcomm S3 Sound Platform (QCC307x) di bawah keluarga Snapdragon Sound semalam. Menerusi dua cip baharu ini, sokongan audio 16-bit 44.1kHz kualiti CD nirhilang secara nirwayar disokong.

Ini adalah kerana ia mempunyai lebar jalur melebihi 1.1Mbps yang diperlukan untuk menikmati audio nirhilang yang selama ini tidak mampu disokong peralatan audio bluetooth. Selain itu ia membawakan juga penambahbaikan untuk gaming kerana masa pendek diturunkan ke 68ms.

Rakaman audio stereo yang lebih baik menerusi mikrofon pada peralatan audio bluetooth juga dipertingkat menerusi penggunaan Qualcomm S5 dan S3. Ciri pembatalan hingar Qualcomm Adaptive Active Noise Cancellation (ANC) turut disertakan. Cip Qualcomm S5 mempunyai ciri tambahan panggilan suara yang lebih jelas serta meredam bunyi persekitaran dengan teknologi Qualcomm aptX Voice Audio.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd