Tahun lalu tiada peranti Galaxy Note dilancarkan oleh Samsung dengan tanda dagang turut tidak difailkan. Ia petanda awal siri yang ditawarkan sejak 2
011 sudah tiba ke garisan akhir. Dalam temubual bersama laman Dailiian, ketua perniagaan telefon pintar Samsung Roh Tae-moon mengesahkan siri Note telah dihentikan dan akan menggunakan nama Ultra di masa hadapan.

Ini sudahpun berlaku tahun ini dengan Samsung Galaxy S22 Ultra jelas adalah sebuah Note cuma dengan nama baharu. Strategi baharu Samsung ini membuahkan hasil dengan 60% daripada pratempahan siri S22 adalah peranti S22 Ultra. Masih terdapat permintaan untuk peranti dengan S Pen terbina kerana ia lebih mudah digunakan berbanding di S21 Ultra dan Fold3 tahun lalu.