Cari @ Amanz

Internet yang pantas memendekkan waktu menunggu untuk kandungan habis dimuat turun. Dengan banyak syarikat kembali ke bekerja dari rumah kerana Omicron, proses memuat turun dokumen besar kamu sendiri lakukan beberapa kali sehari. Hari ini Quacomm FastConnect 7800 diumumkan.

Menerusi standard WiFi 7, Internet nirwayar dengan kelajuan 5.8 Gbps boleh dicapai dan ini adalah sehingga 60% lebih pantas berbanding generasi terdahulu. FastConnect 7800 turut menyokong piawaian bluetooth 5.3 untuk penstriman audio berkualiti tinggi menerusi Snapdragon Sound.

Jarak tambatan bluetooth juga meningkat sekali ganda tetapi penggunaan bateri boleh dikurangkan menurut Qualcomm. Masa pendam yang lebih rendah sekitar 2ms membolehkan teknologi ini digunakan untuk peranti realiti terimbuh. Seperti cip Snapdragon S5 dan S3, cip boleh diuji pengeluar pada suku kedua 2022 dengan produk pertama dipasarkan menjelang penghujung tahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd