Saintis Mengatakan Sebenarnya Terdapat Tiga Spesis T-Rex Kesemuanya

Diterbitkan pada Mac 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Spesis dinosaur yang paling dikenali ramai mungkin adalah Tyrannosaurus rex kerana ia menjadi antagonis utama filem sejak Brute Force (1914) dan juga Jurassic Park (1993). Selama ini ahli paleontologi percaya hanya satu spesis T-Rex wujud tetapi kajian terkini menemukan bukti sebenarnya terdapat tiga spesis.

Penemuan ini sudah lama dijangka kerana T-Rex wujud di muka bumi lebih sejuta tahun dan evolusi akan melakukan perubahan dalam tempoh tersebut. Perbezaan di antara spesis dapat dilihat pada binaan tulang paha dan jumlah gigi pada rahang bawah.

Fosil T-Rex yang ditemukan pada lapisan tanah lebih tinggi mempunyai binaan tulang yang lebih kecil dan hanya satu pasang gigi insisor pada rahang bawah. Ini berbeza dengan tulang lebih tegap dan dua set insisor pada fosil dari lapisan lebih lama.Oleh itu tiga nama spesis yang ingin dicadangkan ialah Tyrannosaurus imperatorTyrannosaurus rex danTyrannosaurus regina.

Status T-Rex sebagai raja dinosaur semakin tercabar sejak sedekad lalu dengan kajian mengatakan ia berkicau seperti burung, mempunyai buluh pelepah dan tidak boleh berlari sepantas yang dijangka. Kertas kajian telahpun diterbitkan dalam jurnal Evolutionary Biology.

Sumber National Geographic

komen


© Amanz / 2022 Kami