Kerajaan Akan Buat Keputusan Jumaat Ini Untuk Teruskan Dengan DNB Atau Memilih DWN Untuk Rangkaian 5G

Diterbitkan pada Mac 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kabinet dijangka akan membuat keputusan pada hari Jumaat ini, sama ada Malaysia akan kekal dengan penggunaan penyedia Rangkaian Borong Tunggal (SWN) melalui Digital Nasional Berhad (DNB) ataupun mengambil cadangan syarikat telekomunikasi untuk penggunaan penyedia Dwi Rangkaian Borong (DWN).

Buat masa ini, hanya DNB yang mempunyai kebenaran untuk membangunkan infrastruktur 5G di Malaysia – namun, tidak dipersetujui oleh pelbagai syarikat telekomunikasi.

Sebelum ini, pembangunan berbentuk SWN dipilih dalam mempercepatkan pembangunan rangkaian 5G di Malaysia, disamping mengurangkan kos pembangunan infrastruktur. Namun, untuk jangka masa panjang, ia tidak diketahui sama ada perkara ini berbaloi atau sebaliknya.

Pada hari ini, hanya Yes dan Telekom Malaysia telah memeterai perjanjian dengan DNB – dan hanya Yes sahaja yang menawarkan penggunaan rangkaian 5G kepada pengguna tempatan. TM pula masih belum memberi kata putus berkenaan dengan pengenalan 5G untuk Unifi Mobile.

komen


© Amanz / 2022 Kami