Carian
111 Stesen Pemancar Telekomunikasi Terjejas Akibat Banjir Di Pantai Timur
March 1, 2022 Aman

Pantai Timur dilanda banjir akhir-akhir ini, melibatkan sejumlah kawasan di Kelantan dan Terengganu. Disebabkan olehnya, kini dilaporkan sebanyak 111 stesen pemancar telekomunikasi terjejas akibat banjir.

Hal ini, sekaligus membawa kepada gangguan rangkaian telekomunikasi di Pantai Timur – dimana ada yang menerima sambungan rangkaian yang lemah, dan terdapat juga sebahagian yang mengalami gangguan rangkaian.

Berkongsi mengenainya, sebanyak 7 stesen pemancar telah dipulihkan.

Disamping itu, sebayak 23 PEDi (Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia) turut terjejas, dan 18 daripadanya masih belum beroperasi lagi buat masa ini.

Kerajaan melalui KKMM mengatakan akan memberikan perhatian serius supaya semuanya dapat beroperasi semula dengan kadar segera.

Komen