Perkhidmatan Yahoo Mail Tidak Lagi Beroperasi Di China Hari Ini

Diterbitkan pada Mac 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Yahoo secara rasmi menutup kesemua perniagaan mereka di China bermula hari ini dengan penutupan perkhidmatan Yahoo Mail. Pengguna di China telah diberikan peringatan untuk memuat turun email, data dan kalender sebelum tarikh akhir perkhidmatan mereka semalam tanpa sebarang sebab diberikan.

Yahoo

Tindakan yang diambil Yahoo tidak mengejutkan kerana bekas kuasa besar Internet ini sudah mengecilkan operasi di China sejak hampir sedekad yang lalu. Perkhidmatan emel dan berita telahpun dihentikan sejak 2013 dan ibu pejabat di China ditutup dua tahun selepas itu. Yahoo sudahpun memasuki pasaran China sejak 1999.

Kerajaan China mula mengetatkan kawalan terdapat operasi syarikat atas talian sejak dua tahun kebelakangan ini. Undang-undang baharu yang memerlukan syarikat bekerjasama dengan permintaan kerajaan dikuatkuasakan. Ini termasuk memaksa syarikat melakukan halangan ke atas waktu pengguna bawah umur mengakses perkhidmatan dan mengharamkan amalan mendewakan selebriti.

Sumber SCMP

komen


© Amanz / 2022 Kami