Setel Bakal Memudahkan Anda Bayar Parkir Kereta Melalui Imbasan Nombor Plat – Bermula Dari KLCC

Diterbitkan pada Mac 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setel pada hari ini sedia terkenal dengan penggunaan untuk membayar pengisian minyak di stesen minyak Petronas di seluruh negara. Disamping itu, Setel juga turut telah memperluaskan untuk menyokong pembayaran di beberapa kedai, dan baru-baru ini ia turut menawarkan kemudahan untuk menghantar barangan.

Terbaru, Setel juga dalam perancangan untuk memperkenalkan kemudahan membayar parkir tempat letak kenderaan menggunakan aplikasi Setel. Dengan langkah ini, pengguna boleh memasuki sesuatu lokasi parkir dengan aplikasi Setel dan mengimbas nombor plat kenderaan – seterusnya ia akan ditolak secara automatik apabila imbasan nombor plat keluar dilakukan daripada tempat letak kenderaan.

Pengguna juga boleh menyemak tempoh masa letak kenderaan secara masa-nyata pada aplikasi Setel sebelum keluar. Sebelum menggunakannya, pengguna perlu melakukan pendaftaran kenderaan pada aplikasi Setel terlebih dahulu.

Untuk permulaan, Setel dijangka menawarkan ciri ini bermula di KLCC terlebih dahulu, sebelum memperluaskan ia ke lokasi lain. Pengguna juga akan menerima ganjaran Mesra untuk pembayaran yang dilakukan menggunakan Setel.

Ciri ini dijangka diperkenalkan kepada semua pengguna tidak lama lagi melalui aplikasi Setel di Android dan iOS. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak Setel berkaitan ciri ini tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami