Binance Melabur Pada Bursa Aset Digital Di Malaysia – MX Global

Diterbitkan pada Mac 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MX Global merupakan salah satu bursa aset digital yang membolehkan para pengguna tempatan membeli kriptowang seperti Bitcoin dan juga Ethereum.

Menariknya, hari ini MX Global mengumumkan penerimaan suntikan dana pelaburan daripada Binance – iaitu salah satu syarikat terkemuka dunia dalam arena kriptowang dan rantaian-blok. Nilai pelaburan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.

Bercakap mengenainya, Binance mengatakan mereka melihat kepada potensi di Malaysia, termasuk komuniti rantaian-blok dan kripto yang inovatif. Dengan bekerjasama dengan MX Global, Binance menyasarkan untuk melihat pelbagai peluang baharu di Malaysia dan rantau ini.

Walaupun menerima pelaburan daripada Binance, tidak bermakna kita akan melihat penawaran pelbagai kriptowang berbeza di MX Global – kerana ia masih tertakluk kepada SC.

Apa pun, ia agak menarik untuk melihat komuniti rantaian-blok tempatan terus berkembang secara positif. Sebelum ini, Binance telah diharamkan di Malaysia kerana tidak berdaftar dengan SC, dan mungkin ini kaedah Binance untuk memastikan terus mempunyai akses ke pasaran yang mereka tidak beroperasi secara rasmi.

Selain Binance, pelaburan ke MX Global kali ini turut disertai oleh Cuscapi Bhd.

komen


© Amanz / 2022 Kami