Digi Meningkatkan Kuota Data Pelanggan Pascabayar Dan Melancarkan Pelan Postpaid Family Unlimited

Diterbitkan pada Mac 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Malaysia ialah antara negara dengan masalah ketagihan telefon pintar tertinggi di dunia menurut sebuah kajian beberapa minggu lalu. Lebih banyak masa dihabiskan pada telefon, lebih banyak data Internet digunakan. Bagi pelanggan Digi Postpaid, syarikat telekomunikasi kuning ini telah meningkatkan kuota data untuk pelan pascabayar mereka sebanyak 5GB sebulan.

Pelanggan Digi Postpaid 60 akan menerima kuota 30GB data sebulan, Digi Postpaid 120 pula ke 70GB sebulan dan Digi Postpaid 150 ke 90GB sebulan.

Penawaran Freedom Add-Ons juga dikemaskini dengan lebih banyak pilihan seperti data tanpa had untuk penstriman percuma sekiranya mereka mengikat kontrak semalam 12 bulan. Pelan baharu ini boleh dinikmati pelanggan baharu dan juga sedia ada.

Pelan Digi Postpaid Family Unlimited turut diumumkan dengan berkas menggabungkan tiga talian pascabayar dengan Internet pantas dan panggilan telefon tanpa had dengan bayaran bermula dari RM200 sebulan. Pelanggan turut boleh menambah langganan kepada Digi Fibre pada harga RM100 sebulan dengan kelajuan sehingga 300Mbps tanpa had. Untuk terma dan syarat lengkap sila ke https://www.digi.com.my/postpaid

komen


© Amanz / 2022 Kami