Cari @ Amanz

Telekom Malaysia kini dilihat telah menambah satu lagi perkhidmatan penstriman dibawah penawaran Unifi TV iaitu WeTV – sekaligus memudahkan proses melanggan perkhidmatan penstriman berkenaan.

WeTV menawarkan kandungan dari rantau Asia dan Asia Tenggara – termasuk drama, anime, dan sejumlah rancangan televisyen.

Melalui Unifi TV, kini anda boleh melanggan WeTV pada harga RM7.90 sebulan, dan seterusnya menguruskan langganan perkhidmatan penstriman anda dengan mudah dibawah satu bil.

Bagi anda yang menggunakan Unifi TV, boleh menyemak sejumlah aplikasi dan perkhidmatan penstriman yang disokong – termasuk WeTV baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd