Realme Sedang Bereksperimen Dengan Telefon Boleh-Lipat

Diterbitkan pada Mac 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme pada acara MWC 2022 telah pun memperkenalkan beberapa produk baharu mereka, selain turut berkongsi berkenaan pembangunan teknologi terbaru pengecasan mereka yang menyokong kelajuan sehingga 200W.

Disamping itu, melalui temuramah bersama pihak Realme, mereka turut mendedahkan yang mana secara dalaman Realme sedang bereksperimen dengan beberapa, termasuk salah satunya adalah telefon dengan skrin boleh-lipat.

Pada hari ini, pasaran telefon boleh-lipat diterajui oleh Samsung, tetapi telah mula disertai beberapa pihak lain – termasuk Oppo dan juga Xiaomi.

Realme sendiri boleh berkongsi teknologi dengan Oppo dalam merealisasikan telefon boleh-lipat mereka.

Buat masa ini, ia masih sekadar eksperimen – dan masih tiada latar masa untuk pengenalan telefon boleh-lipat secara komersil oleh Realme.

komen


© Amanz / 2022 Kami