MediaTek Perkenal Cip Dimensity 8100 Dan 8000 – Sokong 5G, Kamera 200MP, Rekaan 5nm

Diterbitkan pada Mac 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MediaTek hari ini perkenalkan cip pemprosesan terbaru mereka yang bakal hadir bersama sejumlah telefon pintar tidak lama lagi, iaitu Dimensity 8000 dan juga Dimensity 8100.

Kedua-dua cip pemprosesan ini hadir dengan binaan 5nm, mengabungkan rekaan empat teras Cortex-A78 dan empat teras Cortex-A55. Dimensity 8100 menawarkan sokongan pemprosesan pada kelajuan 2.85Ghz, sementara Dimensity 8000 pada kelajuan 2.75Ghz.

Disamping itu, kedua-duanya hadir dengan GPU Mali-G610 MC6 – dengan Dimensity 8100 dioptimasikan pada hampir 10% frekuensi lebih tinggi.

Kedua-dua cip juga hadir dengan sokongan rangkaian 5G, membolehkan pemprosesan pengimejan kamera dengan sensor 200MP, sokongan memori LPDDR5, WiFI 6E, Bluetooth 5.3 dan juga sokongan AV1. Ia juga membolehkan peranti menjalankan kadar segar semula sehingga 168Hz.

MediaTek menyasarkan peranti menggunakannya akan hadir dalam beberapa minggu lagi – dan memposisikannya sebagai pesaing Snapdragon 888 dan 870.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan telefon pintar menggunakannya tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami