Nothing Akan Melancarkan Produk Baharu Bulan Ini

Diterbitkan pada Mac 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nothing akan melancarkan produk kedua mereka bulan ini. Pengasas syarikat Carl Pei memuat naik ciapan di bawah yang mengatakan bulan Mac akan menjadi bulan yang menarik. Sejak beberapa minggu yang lalu sudah kedengaran ura-ura telefon pintar pertama Nothing akan dilancarkan pada suku pertama 2022.

Sejak melancarkan fon telinga TWS mereka ear (1) tahun lalu, Nothing mengesahkan mereka akan mengeluarkan telefon pintar dan aksesori lain dalam masa terdekat. Kemunculan telefon pertama Nothing amat dinantikan kerana mereka dilihat mampu menawarkan peranti sebaik OnePlus pada harga mampu milik kerana penglibatan Carl Pei sebelum ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami