Cari @ Amanz

Dengan situasi yang sedang berlaku melibatkan Rusia dan Ukraine, kini Apple mengambil langkah untuk menghentikan penawaran semmua produk mereka di Rusia secara atas-talian.

Disamping itu, Apple juga telah menghentikan eksport ke negara berkenaan. Bukan sahaja menghentikan penawaran iPad, iPhone, MacBook dan beberapa yang lain, Apple juga telah mengehadkan perkhidmatan seperti Apple Pay – selain mebuang beberapa aplikasi dari App Store di Rusia.

Apple mengatakan mereka akan terus menilai situasi, dan turut dalam perbincangan bersama beberapa pihak kerajaan untuk langkah yang mereka ambil.

Sebelum ini, beberapa syarikat teknologi turut telah mengehadkan penawaran mereka melibatkan Rusia, disebabkan oleh sekatan yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat terhadap Rusia – disebabkan oleh perang yang berlaku melibatkan Rusia dan Ukraine.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd