Carian
Kerajaan Minta Touch ’n Go Mengkaji Kos Untuk Kurangkan Harga Jualan RFID
March 2, 2022 Aman

Menteri Kanan Kerja Raya kini menyatakan kerajaan telah meminta Touch ’n Go untuk mengkaji semula kos-kos yang terlibat dalam mengurangkan harga jualan RFID.

Pada hari ini, tag RFID berkenaan dijual pada harga RM35 – yang mana agak tinggi, selain beberapa pengguna turut melaporkan ia mudah boleh rosak kerana terdedah pada bahagian luar.

Mengulas lanjut, menteri menyatakan kos yang terlibat adalah merangkumi kos tag RFID berkenaan sendiri, pemasangan tag, sistem dan juga pengoperasian. Namun, seperti semua sedia maklum, pemasangan tag kini dilakukan sendiri oleh pengguna, yang mungkin membolehkan harga tag berkenaan dikurangkan lagi.

Penggunaan tag RFID pada Lebuhraya Utara Selatan telah dimulakan secara meluas sebelum ini, yang membuatkan ramai tidak selesa dengan kos terlibat untuk tag RFID berkenaan – disamping sistem yang dilihat kurang lancar apabila melaluinya.

Komen