Cari @ Amanz

Amazon Luna dilancarkan tahun lalu sebagai platform penstriman permainan video pertama dari Amazon. Pada peringkat awal ia hanya ditawarkan kepada sebilangan kecil pengguna Beta bagi menguji kestabilan sistem. Hari ini ia melepasi tahap Beta dan boleh dilanggan oleh pengguna yang tinggal di Amerika Syarikat.

Luna menawarkan permainan percuma Devil May Cry 5; Observer: System Redux; PHOGS!; Flashback; and, from 3/8–3/14, dan Immortals Fenyx Rising kepada pelanggan Amazon Prime. Ciri lain yang ditawarkan ialah sokongan penstriman terus ke Twitch dengan lebih mudah dan menggunakan telefon pintar sebagai alat kawalan permainan apabila Luna digunakan menerusi Fire TV.

Di Amerika Syarikat langganan Luna+ bermula dari $5.99 sebulan. Pelanggan kemudian boleh menambah saluran permainan percuma seperti Ubisioft+ pada harga $17.99 sebulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd