Celcom kini mengemaskini penawaran pelan pascabayar mereka, dan hadir dengan dua pelan mudah kepada para pengguna – iaitu Celcom Xpax Postpaid 40 dan juga Xpax Postpaid 60.
Walaupun ia menggunakan jenama Xpax, ia adalah penawaran pascabayar dan bukannya prabayar. Ia juga adalah pengganti kepada XP Lite sebelum ini.
Celcom Postpaid 40 hadir pada harga langganan RM40 sebulan, menawarkan 10GB data berkelajuan tinggi, panggilan tanpa had, dan turut hadir dengan akses tanpa had untuk YouTube (480p) pada kelajuan 3Mbps, selain akses tanpa had Facebook dan Instagram.
Untuk Celcom Postpaid 60 pula, ia hadir dengan data berkelajuan tinggi sebanyak 20GB, panggilan tanpa had, akses tanpa had kepada YouTube pada resolusi 720p pada kelajuan 6Mbps, dan akses tanpa had untuk Facebook serta Instagram – pada harga RM60 sebulan.
Untuk akses YouTube, Facebook dan Instagram tanpa had, ia hadir dengan FUP sebanyak 150GB, dan ia akan dihadkan kepada 512kbps selepas habis digunakan kuota berkenaan.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman rasmi Celcom hari ini.