Cari @ Amanz

Honor telah pun memperkenalkan telefon pintar Honor secara rasminya, dan kini dalam perancangan untuk membawa masuk peranti berkenaan ke pasaran tempatan. Melalui Nextrift, kini laman rasmi Honor telah mula memaparkan mesej menyatakan Honor Magic4 Pro akan datang ke Malaysia tidak lama lagi.

Honor Magic4 Pro hadir dengan skrin 6.81-inci OLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 1, memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 256GB. Ia turut menyertakan bateri 4600mAh dengan sokongan pengecasan 100W.

Untuk rakaman gambar, telefon pintar ini hadir dengan kamera utama 50MP, selain turut dilengkapi sensor ultra-lebar dan juga telefoto.

Buat masa ini, harga jualan untuk pasaran Malaysia masih tidak diketahui lagi. Ia juga menjadi tanda tanya sama ada model Honor Magic4 biasa akan turut hadir atau tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd