Carian
TNB Cadang Pengenalan Tarif Khas Untuk Pelombong Bitcoin
March 2, 2022 Aman

Tenaga Nasional Berhad kini dilaporkan telah mencadangkan kepada Suruhanjaya Tenaga utuk mewujudkan tarif khas untuk pelombong Bitcoin – sekaligus mengurangkan pencurian elektrik dalam negara.

Sebelum ini, kita sedia melihat ribuan kes di Malaysia melibatkan kecurian tenaga elektrik – dimana kebanyakkannya digunakan untuk melombong Bitcoin.

Dengan tarif khas ini, ia dijangka akan membolehkan mereka yang melombong Bitcoin untuk memohon penggunaan tenaga elektrik, dan tidak mencuri.

Buat masa ini, pihak Suruhanjaya Tenaga dikatakan sedang menilai cadangan TNB ini.

Komen