Salah satu syarikat di China memfokuskan aeroangkasa, iaitu SpaceTai, kini mengatakan mereka sedang membangunkan enjin dan roket menggunakan teknologi percetakkan 3D bagi tujuan komersil, sekaligus mengurangkan kos penghasilan sesuatu roket sehingga 80% berbanding kebiasaan.
Sebanyak 90% bahagian pada roket dikatakan mampu dicetak secara 3D menggunakan pencetak khusus milik SpaceTai ini.
Pada masa yang sama, SpaceTai turut sedang membangunkan enjin roket yang menggunakan oksigen berbentuk cecai bersama minyak tanah sebagai pendorong, dan dijangka menawarkan prestasi lebih baik berbanding penggunaan pada roket hari ini.
SpaceTai menyasarkan untuk menghantar roket yang dibangunkan mereka sendiri ke orbit seawal 2024 kelak.