Netflix hari ini mengumumkan mereka telah memeterai perjanjian untuk mengambil-alih studio pembangun permainan Next Games pada nilai mencapai €65 juta.
Next Games telah ditubuhkan pada 2013 yang lepas, dan sehingga kini mereka telah menerbitkan beberapa permainan, termasuk “Stranger Things : Puzzle Tales”, dan juga “Walking Dead : Our World”.
Dengan kepakaran membangunkan permainan mengikut gaya penceritaan tersendiri, ia dijangka akan melengkapkan penawaran pihak Netflix – apatah lagi Netflix sendiri telah mula memfokuskan penawaran permainan melalui platform mereka.
Proses pengambil-alihan ini dijangka selesai sepenuhnya menjelang suku kedua 2022 ini. Adakah selepas ini, kita akan melihat Netflix mengambil-alih beberapa lagi syarikat penerbit permainan yang lain?