Huawei Malaysia Mengacah Pelancaran Produk Baharu Bulan Ini

Diterbitkan pada Mac 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di MWC Barcelona, Huawei hanya melancarkan komputer riba dan tablet tanpa sebarang telefon pintar baharu. Dengan acara masih berlangsung, Huawei Malaysia telah menerbitkan sebuah video acah peranti baharu yang akan dilancarkan bulan ini.

Tiada petunjuk besar diberikan selain sebahagian kecil peranti. Berdasarkan imej ini peranti yang akan dilancarkan adalah sebuah telefon pintar. Tetapi tidak diketahui apakah peranti misteri ini melainkan ura-ura ia mungkin di bawah keluarga Nova. Dengan peranti suda diacah, pelancarannya pasti berlaku dalam masa terdekat.

komen


© Amanz / 2022 Kami