Apple hari ini mengumumkan acara media mereka yang seterusnya, iaitu pada 8 Mac 2022 (9 Mac 2022 untuk waktu Malaysia). Acara ini akan diadakan secara atas-talian, dan menggunakan tema “Peek Performance”.
Mengikut spekulasi awal, Apple dijangka memperkenalkan iPhone SE generasi baharu yang bakal hadir dengan kemaskini cip pemprosesan, selain turut menyertakan sokongan rangkaian 5G bersama dengannya. Ia turut dijangka hadir dengan harga kompetitif dalam usaha menarik pengguna Android beralih ke iPhone.
Disamping itu, Apple juga dijangka mungkin memperkenalkan tablet iPad Air baharu pada acara sama.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan minggu hadapan untuk melihat sendiri kejutan yang disediakan oleh Apple melalui penawaran baharu mereka ini.