Epic Games Mengambil-Alih Bandcamp

Diterbitkan pada Mac 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hari ini, Epic Games mengumumkan mereka akan mengambil-alih Bandcamp.

Bandcamp merupakan salah satu platform jual-beli menyasarkan muzik, selain turut berfungsi sebagai komuniti disebaliknya dalam menghubungkan penerbit kandungan dengan peminat.

Epic Games mengatakan platform terbuka merupakan masa depan untuk pasaran ekonomi penerbit kandungan – dan pengambil-alihan ini melengkapkan lagi portfolio Epic Games.

Pada hari ini, Epic Games sedia terkenal dengan penerbitan permainan video, dan turut pernah mengambil-alih beberapa syarikat, termasuk platform aset 3D, Sketchfab.

komen


© Amanz / 2022 Kami