TPM Ukraine Menggesa Sony Dan Microsoft Untuk Menggantung Akaun Pengguna Rusia Serta Belarus

Diterbitkan pada Mac 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Krisis di Ukraine semakin serius dengan serangan roket ke atas penempatan awam telah dilakukan oleh tentera Rusia. Satu demi satu kecaman mula diterima oleh Rusia dan sekatan ekonomi semakin meruncing menyebabkan nilai mata wang Ruble turun mendadak. Terkini Timbalan Perdana Menteri Ukraine Mykhailo Fedorov menggesa Sony, Microsoft, Ubisoft, EA, Gameloft, Wargaming dan Riot Games untuk menggantung sementara akaun milik pengguna di Rusia serta Belarus.

Menurut Fedorov ini adalah sebagai petunjuk syarikat permainan video terkemuka dunia tidak menyokong serangan yang dilakukan Rusia. Degan pengharaman akaun beliau berharap penduduk Rusia akan menyuarakan juga tentangan kepada pentadbiran Putin. Sehingga kini wakil syarikat permainan video utama masih belum mengeluarkan kenyataan mengenai gesaan Fedorov tetapi EA telahpun membuang pasukan liga Rusia dari kesemua permainan FIFA.

Sejak serangan dilakukan Apple telah menggantung jualan produk mereka secara atas talian di pasaran Rusia. Saluran YouTube media Rusia pula tidak lagi boleh diakses di negara-negara EU dengan akses kepada pengiklanan dihalang pula di media sosial utama. Tekanan ekonomi dilihat sebagai antara langkah paling berkesan untuk memaksa Rusia untuk menghentikan kekerasan mereka.

komen


© Amanz / 2022 Kami