Carian
Oppo Reno7 Z 5G Kini Rasmi Dengan Snapdragon 695
March 3, 2022 Effi Saharudin

Oppo Reno7 Z 5G akan dilancarkan di Thailand hari sebagai peranti keempat di bawah keluarga Reno7. Tetapi spesifikasi peranti telahpun didedahkan menerusi laman rasmi Oppo. Perubahan dilakukan pada penggunaan pemproses Snapdragon 695 yang meletakkannya di dalam kelas yang sama degan Relme 9 Pro dan Redmi Note 11 Pro 5G.

Peranti dilengkapi skrin 6.43″ AMOLED FHD+ 60Hz yang dipadankan dengan memori 8GB RAM, storan 128GB dan bateri sebesar 4500 mAh dengan pengecasan 33W. Tri-kamera utama menggabungkan sensor 64+2+2 MP dan kamera swafoto pula sebesar 16MP. Sistem lampu Dual Orbit Light turut disokong.

Ciri lain yang disertakan ialah sokongan 5G, dwi-SIM, bicu audio 3.5mm dan menggunakan Android 12 dengan pelancar ColorOS 12. Pada waktu ini harga jualan peranti belum diumumkan lagi.

Komen