CNN Akan Melancarkan Perkhidmatan Penstriman CNN+ Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mac 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada tahun lepas, CNN telah mengesahkan bahawa mereka akan memasuki arena perkhidmatan penstriman kandungan dengan memperkenalkan CNN+. Terkini, mereka telah mengatakan bahawa perkhidmatan penstriman tersebut akan tiba ke pasaran-pasaran tertentu bermula musim bunga tahun ini.

Memberikan sedikit butiran lanjut mengenai perkhidmatan tersebut, sama seperti rangkaian berita kabel mereka, CNN+ akan menawarkan pelbagai kandungan berita dari Amerika Syarikat dan juga secara global, dan akan juga menyajikan kandungan-kandungan siri televisyen original, dan beberapa rancangan yang memfokuskan kepada makanan dan pelancongan.

CNN juga turut berkongsi harga langganan perkhidmatan tersebut, mengatakan bahawa untuk empat minggu pertama selepas ia diperkenalkan, harga bulan pertama untuk perkhidmatan tersebut ditetapkan pada $2.99, dimana pada bulan seterusnya, ia akan ditetapkan pada $5.99.

Untuk memastikan kejayaan perkhidmatan ini, CNN turut membawa masuk beberapa eksekutif terkenal dari rangkaian-rangkaian lain seperti Chris Wallace dari FOX bersama Audie Cornish dan Alison Roman dari NPR.

Sumber: Reuters

komen


© Amanz / 2022 Kami