Digi Hadir Dengan Pelan Prabayar Baru – RM35 Untuk 30GB Data, Data Sosial Tanpa Had, Panggilan Tanpa Had

Diterbitkan pada Mac 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Digi kini memperkenalkan pelan prabayar baharu, yang mana turut hadir dengan penawaran data sosiaal tanpa had untuk aplikasi sosial seperti TikTok, Instagram, Facebook dan juga Twitter.

Pelan baharu ini hadir dalam tiga pilihan. Yang paling murah adalah pada harga RM15 sebulan, menawarkan 6GB data, dan 1GB untuk hotspot – selain data tanpaa had untuk perkhidmatan sosial seperti TikTok, Instagram, Twitter dan Facebook.

Sementara pelan RM20 sebulan ditujukan untuk belia, hadir dengan 15GB data dan 1GB hotspot, serta data sosial tanpa had.

Dan paling menarik yang ditawarkan adalah pelan RM35 sebulan yang menawarkan 30GB data, panggilan tanpa had, dan 3GB data untuk hotspot – selain akses tanpa had untuk aplikasi sosial.

Selain Digi, baru-baru ini, Celcom turut hadir dengan pelan yang turut menawarkan akses tanpa had untuk aplikasi sosial.

komen


© Amanz / 2022 Kami