Cari @ Amanz

Nokia G21 telah diumumkan pada pertengahan Februari lalu dan kini ia secara rasmi dilancarkan di Malaysia pada harga promosi RM759 sebuah sepanjang tempoh pra-tempahan 3-9 Mac 2022. Peranti kemudiannya akan ditawarkan di pasaran terbuka bermula 10 Mac pada harga saranan RM799 sebuah dalam warna Nordic Blue dan Dusk di Malaysia.

Nokia G21 dilengkapi skrin 6.5-inci LCD HD+ 90Hz, dijana cip Unisoc T606, memori 6GB GB RAM, storan 128GB dan bateri 5,050mAh yang menyokong pengecasan 18W. Namun begitu, Nokia hanya menyediakan kepala pengecas dengan kuasa output 10W di dalam kotak.

Sistem tri-kamera turut digunakan dengan tetapan 50MP + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman) dan kamera swafoto 8MP. Peranti pintar ini juga masih lagi menggunakan sistem operasi Android 11.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd