Cari @ Amanz

Twitter kini dilihat sedang membangunkan sebuah tab khusus, sekaligus memudahkan pengguna melihat dan mendengar podsiar melaluinya.

Penemuan ini dikongsikan melalui perubahan pada kod pembangunan aplikasi Twitter. Namun, sesuatu yang berbeza dilihat pada kod pembangunan ini adalah tiada tab Spaces yang disediakan, dan Twitter dilihat memfokuskan terus kepada podsiar.

Buat masa ini, ia mungkin sekadar eksperimen awal sahaja. Twitter sendiri sedia membolehkan pengguna merakamkan Spaces untuk didengar kembali – yang mana merupakan salah satu bentuk podsiar. Mungkin dengan menambah tab yang dikhususkan, ia akan membolehkan pengguna turut menyertakan kandungan podsiar daripada platform lain terus ke Twitter – seperti dilakukan Google Podcast.

Selain Twitter, Facebook juga sedang memperkenalkan ciri integrasi podsiar secara berperingkat.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd