Carian
Ukraine Akan Mengeluarkan NFT Bagi Menyokong Misi Ketenteraan
March 4, 2022 Effi Saharudin

Perang Ukraine adalah antara yang paling aneh kerana media sosial dijadikan sumber penyebaran propaganda oleh kedua-dua pihak dan TikTok dihasilkan oleh tentera untuk menunjukkan situasi sebenar. Ia bakal menjadi lebih aneh kerana dana untuk menyokong misi ketenteraan Ukraine akan dijana menerusi penjualan NFT.

Ini diumumkan sendiri oleh TPM Ukraine Mykhailo Fedorov menerusi akaun Twitter rasmi beliau. Keputusan melancarkan NFT diambil selepas wujud penipuan apabila derma dilalukan menggunakan kriptowang. Akibatnya dana telah berjaya dicuri oleh pihak ketiga yang menyamar kononnya dana disalurkan ke kerajaan Ukraine.

Penggunaan kripto untuk menyumbang kepada peperangan sudah lama berlaku dengan pihak berkuasa percaya ia digunakan oleh pengganas. Ini adalah kali pertama dalam sejarah NFT digunakan untuk peperangan.

Komen