Cari @ Amanz

Fon telinga nirwayr Realme Buds Q2s telah dilancarkan semalam dengan mengekalkan rekaan Buds Q2 tahun lalu. Fon telinga bluetooth ini mempunyai putik telinga dan pod simpanan yang lutcahaya. Setiap putik audio dilengkapi pemandu audio sebesar 10mm.

Fon telinga menyokong codec AAC dan SBC sahaja. Ia juga tidak mempunyai ciri pembatalan hingar aktif ANC. Bagi peminat permua pula, ia mempunyai masa pendam 88ms. Bateri pada putik audio memberikan penggunaan sehingga 7 jam atau sehingga 30 jam dengan pad pengecas. Pengecasan semula adalah menerusi post USB-C tetapi tidak secara nirwayar. Sistem audio Dolby Atmos turut disertakan sekali.

Dengan ketahanan IPX4, ia boleh digunakan untuk aktiviti sukan. Di China Realme Buds Q2s ditawarkan pada harga Realme Buds Q2s RMB199 (~RM132) dalam warna putih, hitam dan hijau.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd