Grab Memegang 71% Pasaran Seru Pandu Dan 51% Pasaran Penghantaran Makanan Di Asia Tenggara

Diterbitkan pada Mac 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Grab menerbitkan laporan kewangan mereka untuk tahun 2021. Walaupun Grab mencatatkan kerugian $3.6 bilion terdapat beberapa perkara positif boleh dilihat dengan mereka menguasai pasaran Asia Tenggara. Menurut Euromonitor International, Grab memegang 71% pasaran perkhidmatan seru pandu, 51% pasaran penghantaran makanan dan 21% pasaran dompet digital di rantau ini.

Dalam perniagaan seru pandu misalnya pegangan Grab adalah 3.9 kali ganda lebih tinggi dari pesaing terdekat. Sementara itu dalam penghantaran makanan pula pegangan Grab adalah 2.1 kali ganda lebih tinggi berbanding pesaing terdekat.

Grab membelanjakan banyak wang bagi meningkatkan insentif kepada rakan penghantar dan restoran bagi meningkatkan pegangan dalam perniagaan penghantaran makanan. Merisaukan bagi pengguna ialah dengan monopoli tidak terkawal adalah hak kita kelak akan terjejas kerana mereka tidak mempunyai pesaing.

komen


© Amanz / 2022 Kami