Grab kini mengusai pasaran seru pandu dan penghantaran makanan di rantau Asia Tenggara. Dalam perniagaan seru pandu misalnya mereka mendominasi 71% pegangan pasaran. Dalam laporan kewangan tahun 2021 yang baru diterbitkan, Grab turut mengumumkan mereka mencatatkan 24.1 juta pengguna aktif bulanan. Ini sebenarnya penurunan 2% berbanding 2020.

Pada waktu yang sama, secara purata pelanggan Grab membelanjakan S$666 (~RM2052) sebulan pada tahun 2021 yang bersamaan dengan peningkatan 31% berbanding tahun 2020. Perniagaan penghantaran mencatatkan prestasi terbaik kepada syarikat dengan peningkatan pendapatan sebanyak 56%. Dengan dunia semakin terbuka selepas dua tahun dibadai pandemik, menarik untuk melihat sama ada ini dapat dikekalkan.