Realme V25 5G Kini Rasmi – Skrin 120Hz, Snapdragon 695, Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Mac 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme V25 5G akhirya dilancarkan secara rasmi di China. Pengenalannya sekaligus menjadi penawaran terkini Realme buat siri V yang menggantikan Realme V15 sebelum ini. Realme V25 mempunyai banyak persamaan dengan sebuah Realme 9 5G – baik dari segi rekaan mahupun spesifikasi dalaman. Perbezaan hanya terletak pada ketiadaannya sensor ultra-lebar pada kamera utama peranti.

Untuk spesifikasi khusus, Realme V25 5G dilengkapi skrin 6.6-inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga menggunakan cip Snapdragon 695, memori 12GB RAM yang boleh dikembangkan sehingga 19GB menerusi kebolehan RAM maya dan storan dalaman 256GB. Bateri pula adalah sebesar 5000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

REALME

Kamera utama pula terdiri dengan 64MP (utama) + 2MP ( makro) + 2MP ( monokrom). Sementara itu, kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bluetooth 5.1, port sambungan USB-C, bicu audio 3.5mm dan sebagainya. Realme V25 dijual di China pada harga RMB1,999 (~RM1,324) untuk sebuah.

Sumber : Realme China

komen


© Amanz / 2022 Kami