Cari @ Amanz

Motorola Moto G22 dilancarkan di Eropah minggu ni sebagai sebuah lagi peranti kelas permulaan yang meneruskan tradisi Moto G yang mementingkan harga mampu milik. Peranti dilengkapi skrin 6.5″ LCD HD+, dijana cip Mediatek Helio G37, memori 4GB, storan sehingga 128GB dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan 15W menerusi port USB-C.

Kamera utama menggunakan sensor 50+8+2+2 MP dan kamera swafoto pula sebesar 16MP. Peranti masih dilengkapi bicu audio 3.5mm, speaker mono dan juga sokongan kad mikro SD sehingga 1TB.

Pengimbas cap jari fizikal diletakkan pada sisi kanan peranti. Menari sekali G22 turut mempunyai kemampuan kalis percikan air yang jarang sekali ditemukan pada peranti kelas permulaan. Kerana penggunaan cip G37, G22 tidak menyokong rangkaian 5G. Di Eropah Motorola Moto G22 dijual pada harga bermula €169.99 (~RM785) dalam warna hitam, biru dan putih.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd