Peranti siri Vivo NEX dilancarkan empat tahun lalu sebagai model paling premium dan inovatif oleh mereka. Siri ini mempelopori banyak teknologi baharu seperti kamera swafoto pop-naik, pengimbas cap jari bawah skrin dan skrin 360 darjah dalam bentuk candy bar.

Masa depan siri ini disahkan berakhir selepas timbalan presiden Vivo, Jia Jingdong mengesahkannya menerusi status di Weibo. Menurut beliau Vivo NEX diperkenalkan bagi menguji teknologi terkini dan inovatif. Legasi pengenalan teknologi baharu kini akan diteruskan pula oleh peranti siri X selepas ini.
Dengan siri X menyambut ulang tahun yang kesepuluh tahun ini, Jia berkata nanti kemunculannya dengan teknologi baharu. Sudah kedengaran ura-ura siri X tahun ini akan akhirnya ditawarkan dalam rekaan skrin boleh-lipat.