MSI Malaysia Hadir Dengan Jualan Komputer Riba Gaming Dan Produktiviti Sepanjang Bulan Mac

Diterbitkan pada Mac 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika anda sedang mencari sebuah komputer riba untuk tujuan gaming, kreativiti ataupun produktiviti pejabat, MSI Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa mereka hadir dengan harga jualan untuk tiga komputer riba mereka yang mungkin boleh memenuhi keperluan anda.

Tiga komputer riba ini ialah MSI Katana GF66, MSI Creator Z16 dan MSI Summit E13 Flip Evo. Ketiga-tiga komputer riba ini, yang hadir dengan komponen yang berkuasa untuk pelbagai keperluan pengguna kini ditawarkan pada harga diskaun bermula 1 Mac ini sehingga 31 Mac 2022.

Bermula dengan MSI Katana GF66, komputer riba gaming ini dilengkapi dengan paparan skrin 15.6 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 144Hz. Ia dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-11800H, memori DDR4 sebanyak 16GB dan storan dalaman SSD PCIe sebesar 512GB.

Untuk penawaran kad grafik, MSI Katana GF66 ini dilengkapi dengan NVIDIA GeForce RTX 3070 yang cukup berkuasa untuk menggerakkan sebarang permainan komputer moden pada resolusi dan kadar segar semula yang ditawarkan, malah anda juga boleh memanfaatkan fungsi Ray-tracing melalui permainan-permainan komputer yang menawarkannya.

MSI Creator Z16 pula ialah sebuah komputer riba produktiviti kreatif yang memanfaatkan komponen gaming, tetapi digunakan untuk tujuan kreativiti profesional seperti olahan video, model 3D dan sebagainya.

Ia dilengkapi paparan bersaiz 16 inci dengan resolusi QHD+ (2560×1600) dan kadar segar semula 120Hz dengan kebolehan untuk memaparkan 100 peratus gamut warna DCI-P3. Ia juga hadir dengan sokongan paparan sesentuh jika pengguna memerlukannya.

Dari segi komponen dalaman, ia dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i9-11900H untuk kuasa pemprosesan yang hebat, memori DDR4 sebanyak 32GB dan storan SSD PCIe sebesar 2TB.

Komputer riba ini turut dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3060 yang cukup berkuasa untuk mengolah video beresolusi tinggi, dan juga untuk menggerakkan permainan-permainan video moden pada resolusi Full HD tanpa masalah.

MSI Summit E13 Flip Evo pula ialah peranti 2-dalam-1 yang boleh digunakan sebagai sebuah komputer riba ataupun tablet sekiranya dimahukan. Ia hadir dengan rekaan yang cukup padat, dan mudah dibawa kemana-mana, tidak kira untuk kegunaan dalam ataupun luar pejabat.

Ia hadir dengan paparan 13.4 inci dan mempunyai resolusi 1920×1200, ataupun resolusi Full HD dengan nisbah paparan 16:10 yang sedikit lebih tinggi dari biasa. Ia dikuasakan oleh CPU Intel Core i5-1135G7 dan dilengkapi dengan memori DDR4 sebanyak 16GB dan storan SSD PCie sebesar 512GB.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, komputer riba ini boleh dilipat untuk dijadikan sebagai sebuah tablet, dan ia juga hadir dengan stylusnya yang tersendiri, dan rekaan serba nipis dan ringan yang memudahkannya digunakan dalam pelbagai jenis cara dan dibawa kemana-mana.

MSI Malaysia memperlihatkan potongan harga untuk ketiga-tiga model komputer riba ini sehingga hujung bulan ini, dan ia adalah seperti berikut:

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi jualan ini, anda boleh ke laman web MSI Malaysia.

komen


© Amanz / 2022 Kami