Huawei Nova 9 SE Bakal Hadir Ke Malaysia Pada 11 Mac 2022

Diterbitkan pada Mac 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei Nova 9 telah diumumkan di Malaysia sekitar bulan November lalu dengan tanda harga RM1999 untuk sebuah. Pengenalannya telah meneruskan tradisi siri berkenaan yang menyasarkan kepada pengguna muda menerusi kebolehan yang cukup pelbagai. Namun begitu, Huawei kini dalam perancangan hadir dengan sebuah lagi model baharu di bawah siri yang sama.

Dikenali sebagai Huawei Nova 9 SE, beberapa titik jualan yang diketengahkan adalah kamera utama 108MP, kebolehan kamera yang pelbagai untuk pengalaman vlog lebih baik dan bateri dengan pengecasan pantas 66W. Laman pengiklanan rasmi untuknya juga telah mula diterbitkan, pada masa sama reka bentuk dan sebahagian spesifikasi turut dikongsi. Ia menunjukkan peranti mempunyai rekaan yang sama seperti perkongsian menerusi laman WinFuture sebelum ini. Terdapat tiga pilihan warna yang akan tersedia seperti Midnight Black, Crystal Blue dan Pearl White.

Melihat perkongsian Huawei di Facebook rasmi, peranti ini akan membuat kemunculan rasminya pada 11 Mac hadapan. Namun begitu, sesi pra-tempahan untuknya telah dibuka bermula hari ini – 18 Mac 2022. Anda hanya perlu meletakkan bayaran deposit sebanyak RM20 di antara tarikh 4-11 Mac 2022. Kemudian, pembayaran penuh boleh dibuat kemudian di antara tarikh 11 – 18 Mac 2022.

komen


© Amanz / 2022 Kami