Razer Huntsman Mini Analog Dengan Suis Optik Analog Dilancarkan Pada Harga RM669

Diterbitkan pada Mac 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Razer merupakan antara salah sebuah pengeluar yang terkenal dengan pelbagai peranti dan aksesori yang memfokuskan kepada permua. Dalam perkembangan terkini, mereka telah hadir dengan papan kekunci baharu menerusi pengenalan Razer Huntsman Mini Analog. Ia merupakan sebuah papan kekunci bersaiz 60% lebih kompak yang lengkap dengan suis optik analog tersendiri Razer.

Melaluinya, ia berfungsi serba serbi lebih baik berbanding suis tradisional. Di mana, ia boleh diprogramkan sepenuhnya dengan satu klik. Ini adalah kerana ia boleh mengesan sejauh mana kekunci boleh ditekan untuk beberapa keadaan. Misalnya, kekunci diprogramkan untuk berjalan apabila ia ditekan separuh, tetapi ia boleh digunakan untuk pergerakan lain apabila ditekan dengan sepenuhnya.

Pada masa sama, papan kekunci turut boleh ditetapkan bagi menggandakan key mapping untuk digital dan analog – yang mana sesuai digunakan dalam dalam permainan jenis perlumbaan. Razer Huntsman Mini Analog juga hadir dengan tubuh yang diperbuat daripada aluminium, di samping sambungan kabel USB-C yang boleh ditanggalkan. Bukan itu sahaja, ia turut sama dilengkapi dengan keycaps DOUBLEshot PBT bagi memastikan label utama kekal tahan lama.

Tidak ketinggalan, terdapat juga sokongan Chroma yang menyokong pencahayaan RGB untuk setiap papan kekunci dengan 5 pilihan profil. Bagi yang berminat, Razer Huntsman Mini Analog boleh dibeli pada RM669 untuk seunit.

komen


© Amanz / 2022 Kami