Carian
Volvo Memulakan Ujian Pengecasan Kereta Elektrik Secara Nirwayar Di Sweden
March 4, 2022 Effi Saharudin

Jumlah kereta elektrik semakin bertambah tetapi kemudahan mengecas masih lagi rendah. Di Malaysia misalnya sistem pengecasan di pusat membeli belah sering disalah guna oleh kenderaan ICE. Bagi menyelesaikan isu pengecasan di Sweden, Volvo telah memulakan ujian kenderaan elektrik secara nirwayar.

Sistem pengecasan Momentum Dynamic akan digunakan pada teksi elektrik Volvo XC40 Recharge yang beroperasi di Gothenburg Sweden. Teksi akan digunakan 12 jam sehari dan memerlukan sistem pengecasan yang efisien. Pengecas akan dibenamkan pada permukaan jalan tempat menunggu teksi bagi membolehkan ia sentiasa dicas semasa tidak membawa penumpang.

Ujian sistem pengecasan ini akan dilakukan selama tiga tahun bagi melihat sama ada ia boleh dikembangkan dan boleh beroperasi tanpa masalah untuk tempoh yang panjang.

Komen