Samsung Galaxy F23 5G Bakal Dilancarkan Pada 8 Mac – Sokong Skrin 120Hz, Snapdragon 750G

Diterbitkan pada Mac 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri Samsung Galaxy F adalah barisan peranti yang memfokuskan kepada spesifikasi kelas pertengahan. Model pertamanya adalah Samsung Galaxy F41 yang diumumkan sekitar Oktober 2020. Pada masa sama, kebanyakan peranti di bawah siri ini juga merupakan peranti yang dijenamakan semula daripada sejumlah model Samsung Galaxy M.

Bercakap lebih lanjut mengenainya, Samsung kini dalam persediaan untuk pengenalan model baharu buat siri berkenaan, Melaluinya, Samsung Galaxy F23 5G bakal diperkenalkan secara rasminya di India pada 8 Mac 2022. Laman pengiklanan rasmi turut sama telah diterbikan di Flipkart, pada masa sama rekaan dan sejumlah spesifikasi padanya turut disenaraikan.

Ia menunjukkan peranti hadir dengan panel hadapan sejenis bertakuk kecil untuk peletakan kamera swafoto tunggal. Panel ini turut menyokong resolusi FHD+, kadar segar semula 120Hz dan pelindungan Corning Gorilla Glass 5. Seterusnya, ia juga lengkap dengan sistem tri-kamera di belakang yang disusun secara menegak dalam satu modul kamera berbentuk segi empat.

Tidak ketinggalan, cip Snapdragon 750G turut digunakan sebagai tunjang utama peranti. Buat masa ini, hanya itu sahaja spesifikasi pada peranti yang diketahui, penawaran lebih lanjut sudah semestinya bakal terjawan sewaktu pelancaran rasmi kelak. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : Flipkart

komen


© Amanz / 2022 Kami