Sony Dan Honda Akan Bergabung Kepakaran Untuk Membangunkan Kereta Elektrik Menjelang 2025
Nazrin
Dua jenama besar dari Jepun, Sony dan Honda dilaporkan telah baru sahaja menandatangani perjanjian untuk membangunkan kenderaan elektrik yang dijangka akan dipasarkan menjelang 2025 kelak.
Kedua-dua syarikat ini telah membangunkan usaha-sama yang mana Honda akan bertanggungjawab untuk teknologi automotif kereta tersebut, manakala Sony akan bertanggungjawab untuk bahagian perisian, sistem inforia, sokongan rangkaian dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.

Honda dan Sony nampaknya hanya akan memperlihatkan butiran lanjut seperti jenama dan model-model kenderaan yang akan diperkenalkan di masa akan datang apabila kenderaan-kenderaan ini sedia untuk diperkenalkan.
Kerjasama diantara Honda dan Sony ini dilihat sambungan kepada cita-cita Sony untuk membangunkan kenderaan elektrik mereka sendiri, iaitu Sony Vision-S yang diperlihatkan buat pertama kali pada awal tahun lepas.

Honda pula nama yang tidak asing lagi dimana pada tahun lepas mereka memperkenalkan kenderaan elektrik Honda e yang ada dijual di pasaran tempatan.
[sumber]Sumber: Nikkei Asia[/sumber]