Samsung Memperkenalkan Galaxy A23 Dan Galaxy A13 – Hadir Dengan Spesifikasi Pertengahan, Kamera 50MP

Diterbitkan pada Mac 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung hari ini telah memperkenalkan dua lagi telefon pintar baharu dibawah siri Galaxy A, iaitu Samsung Galaxy A23 dan juga Galaxy A13. Dua-duanya hadir dengan sokongan rangkaian 4G, serta menawarkan spesifikasi asas-pertengahan.

Galaxy A23 hadir dengan skrin 6.6-inci LCD dengan paparan 1080p, dilengkapi kaca Gorilla Glass 5. Samsung tidak menyatakan cip pemprosesan yang digunakan, tetapi dilihat memfokuskan lebih kepada kamera utama 50MP yang hadir bersama dengannya, selain hadir dilengkapi dengan Android 12 dan antaramuka One UI 4.1. 

Galaxy A23 dilihat hadir dengan pilihan sehingga 8GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Telefon pintar ini turut hadir dengan bateri 5000mAh bersama dengannya, serta pengecasan 25W.

Selain Galaxy A23, telefon pintar ini juga turut hadir dengan Galaxy A13 yang hadir dengan skrin  6.6-inci juga, menyertakan cip Exynos 850, pilihan memori sehingga 6GB RAM, serta storan sehingga 128GB. Seperti A23, ia turut hadir dengan kamera utama 50-megapixel dibelakang, selain kamera swafoto 8MP.

Melengkapkan ia juga adalah bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 25W.

Secara kasar, penawaran spesifikasi antara kedua-duanya adalah tidak begitu jauh berbeza.

Buat masa ini, ia hanya ditawarkan dibeberapa buah negara sahaja. Mungkin kita akan melihat ia memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami