Microsoft hari ini mengumumkan mereka akhirnya telah melengkapkan pembelian firma kecerdasan buatan Nuance pada harga $19.7 bilion. Nuance ialah firma yang terlibat dengan pembangunan pembantu maya Siri tetapi kini terlibat dalam industri. Pengumuman pembelian dilakukan tahun lalu tetapi perlu mendapat kebenaran badan antipakat Eropah terlebih dahulu.
Selain penglibatan dengan Siri, Nuance terkenal dengan perisian untuk teks ke ucapan serta ucapan ke teks, teknologi pengecaman ucapan, pembangunan bot, serta teknologi pemprosesan bahasa perbualan – terutamanya dalam arena perubatan.
Pengambil-alihan Nuance ini melengkapkan portfolio Microsoft dalam beberapa kategori. Antaranya adalah termasuk kesihatan. Sejak 12 bulan kebelakangan ini Microsoft giat melakukan pengambilalihan syarikat besar. Pada Januari lalu misalnya mereka mengejutkan dunia dengan pembelian Activision Blizzard. Setelah sekian lama duduk di tepi, mungkin Microsoft ingin kembali menjadi syarikat perisian yang disegani ramai.