Samsung Akan Mengemaskini Peranti Supaya Prestasi Cip Tidak Akan Dihadkan Seperti Sekarang

Diterbitkan pada Mac 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dua hari lalu Samsung didapati menggunakan perisian GOS yang mengawal prestasi cip bergantung kepada aplikasi yang digunakan. Sebanyak 10,000 aplikasi ditemukan dalam senarai GOS dengan aplikasi penanda aras pula tidak dihadkan langsung prestasi. Ini menimbulkan kontroversi kerana dilihat taktik yang sama seperti yang digunakan oleh OnePlus tahun lalu.

Menurut Androd Police, Samsung mengesahkan mereka menggunakan sistem ini bagi mengoptimasikan cip dengan mengambil kira suhu dan penggunaan bateri. Ia juga sudah digunakan sejak siri Galaxy S10 lagi dan turut dikesan pada peranti terkini siri Galaxy S22.

Kerana kontroversi ini, Samsung mengesahkan sebuah kemas kini akan diberikan kepada pengguna. Aplikasi akan dapat menggunakan keseluruhan kuasa CPU dan GPU mengikut keperluan dan bukan berasaskan algoritma yang ditetapkan Samsung. Bilakah kemas kini akan diberikan masih belum diumumkan pada waktu ini.

Langkah yang diambil adalah sepantas OnePlus dan Apple yang juga dilanda kontroversi kerana perisian menghadkan kuasa cip pemproses mereka sebelum ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami