Peranti Realme kelak akan hadir dengan ciri yang selama ini eksklusif kepada peranti OnePlus iaitu suis notifikasi fizikal pada tubuh menurut laporan MySmartPrice. Peranti Realme ini dipercayai akan dilancarkan pada April hadapan.

Sudah menjadi normal bagi peranti di bawah keluarga BBK Electronics untuk meminjam ciri di antara satu sama lain. Contoh paling mudah ialah Realem SuperDart dan OnePlus Warp Charge hanyalah Oppo sekadar SuperVOOC yang dijenamakan semula. Ini menjadikan Realme peranti pertama selain OnePlus yang hadir dengan suis fizikal yang dipopularkan oleh iPhone sejak dari generasi pertama.