Carian
Apple Dijangka Hadir Dengan Monitor “Apple Studio Display” – Dengan Resolusi 7K
March 6, 2022 Aman

Apple pada tahun ini sedia menyasarkan untuk hadir dengan sejumlah komputer Mac baharu. Selain komputer, Apple juga dalam perancangan memperkenalkan kemaskini untuk panel paparan atau monitor.

Mengikut laporan awal, Apple Studio Display dijangka akan menggantikan Pro Display XDR, serta menawarkan paparan resolusi sehingga 7K melaluinya.

Untuk makluman, paparan beresolusi tinggi ini amat berguna dalam dunia penyuntingan video – terutamanya pada hari ini yang memerlukan penyuntingan video pada resolusi 4K. Dengan panel paparan 7K, ia akan membolehkan seseorang penyunting itu melihat pelbagai perkara yang sedang disunting dengan mudah – dan berinteraksi bersama beberapa tetingkap atau fail lain dengan mudah.

Spekulasi awal juga menyasarkan panel ini mungkin berharga lebih rendah berbanding Pro Display XDR pada hari ini.

Selain Apple Studio Display, Apple juga dalam persiapan untuk memperkenalkan Mac Studio pada tahun ini.

Komen