Menteri Kesihatan kini turut mencadangkan supaya aplikasi MySejahtera ditambah-nilai dalam memudahkan urusan pendermaan organ.
Aplikasi MySejahtera pada hari ini digunakan sebagai salah satu aplikasi memudahkan pelbagai urusan vaksin melibatkan Covid-19. Pada masa yang sama, ia turut menyertakan menu akses pantas untuk membuat temujanji klinik dan beberapa ciri-ciri yang lain.

Mungkin kelak kita akan turut melihat penambahan menu khusus yang membolehkan pengguna mendaftar terus sebagai penderma organ.
Pada hari ini, trend mereka yang bersetuju menderma organ semakin berkurangan – dan mungkin dengan penyertaan kemudahan mendaftar untuknya, ia akan menambah lebih ramai bersetuju untuk menderma organ.